Sunday, 9 December 2012
BURUJ : CORAK-CORAK DI LANGIT
Orion
Buruj adalah kumpulan bintang yang membentuk pola atau corak tertentu seperti binatang atau benda. Contohnya buruj Belantik (BI: Orion) membentuk sebuah belantik (sejenis alat penangkap binatang); buruj Pari (BI: Southern Cross) kelihatan seperti ikan pari, dan Buruj Biduk (BI: Big Dipper (AS) atauThe Plough (UK)) berbentuk sebuah biduk.
Buruj biduk terkenal dengan panggilan big dipper di barat, kerana ianya menyerupai beruang. Nama Latin Ursa Major juga bermaksud beruang besar. Ianya jelas di langit pada waktu malam yang terang kerana bintangnya yang rata-rata terang.Buruj ini hanyalah di bahagian ekor beruang itu, yang merupakan sebahagian dari buruj Ursa Major.
Bagi mereka yang memahami dan meminati astronomi, mereka akan melihat langit yang penuh dengan bintang itu dengan seribu satu makna, akan tetapi bagi mereka yang tidak mengenali astronomi, mereka cuma akan melihat bintang itu sebagai penghias malam semata-mata
Sekiranya kita merenung langit malam yang penuh dengan bintang, sememang kita akan melihat taburan bintang yang pelbagai warna dan membentuk pelbagai corak dan kepadatan. Corak bintang yang sama yang dilihat pada hari ini pada pukul 8:00p.m akan bergerak sedikit pada malam esok pada waktu yang sama. Sekiranya "corak" tersebut diikuti untuk tempoh dalam masa beberapa bulan, corak tersebut akan terbenam di sebalik kaki langit pada masa yang sama.
Buruj (Constellation)Kesatuan Astronomi Antarabangsa telah membahagikan langit kepada 88 buruj, 12 daripadanya digolongkan dalam kumpulan yang disebut zodiak. Corak-corak dilangit(buruj) ini seringkali dikaitkan dengan dua belas buah corak yang dikenali sebagai Aries, Taurus, Pisces, Cancer, Leo, Virgo, Sagittarius, Capricorn, Aquarius. 12 buah corak bintang atau lebih dikenali sebagai buruj itu terbentang dilangit dan mereka terkenal seolah-olah mereka adalah selebriti yang sentiasa meniti dibibir masyarakat. Tapi buruj yang terdapat dilangit bukan itu sahaja, malah terdapat lebih daripada 80 buah buruj moden yang terdapat di langit.
Selain daripada itu, buruj-buruj dilangit ini juga mempunyai system koordinatnya yang tersendiri, seperti juga pada peta bumi. Paksi -x dan paksi -y, iaitu 'Right Ascension'(jarak jam) aka Azimuth, R.A dan juga 'Declination'(jarak kutub)aka Zenith membentuk system koordinat. Maka utuk menyatakan kedudukan sesuatu objek itu di langit maka, ia boleh juga ditentukan dengan berdasarkan system koordinat tersebut.
Right Ascension adalah sudut berdasarkan bulatan jam dan diukur ke arah timur sepanjang "khatulistiwa langit" berdasarkan kiraan 0 sehingga 360 atau Jam,minit dan Saat". Ini bermaksa satu jam adalah bersamaan dengan 15.
Declination adalah jarak dalam sudut utara atau selatan daripada "khatulistiwa langit". Diambil sebagai positif untuk Utara dan Negatif sebagai Selatan.
Sebenarnya terdapat pelbagai lagi kaedah koordinat seperti koordinat berdasarkan kaki langit, koordinat ekliptik dan koordinat berpusat matahari.
Perkataan buruj itu adalah dari Bahasa Arab yang membawa maksud gugusan bintang/Corak-corak dilangit. Dalam Bahasa Inggeris ia disebut sebagai 'constellation'. Gugusan bintang ini boleh dianalogikan sebagai negera-negara yang terdapat di dalam bumi kita ini yang dibahagikan kepada sempadan-sempadan tertentu. Sempadan-sempadan ini yang telah membentuk benua Asia, Amerika dan sebagainya. Malah setiap benua itu pula terbahagi kepada negara-negara seperti Jepun dan Korea. Begitu jugalah "negara-negara" yang terdapat di langit ini.
Sejarah Buruj
Asal usul nama buruj yang digunakan pada hari ini telah hilang dtelan zaman. Walaubagaimanapun, buruj yang bergelar "Coma Berenices" telah ditambah kepada senarai buruj pada 200S.M .
Semenjak itu tidak terdapat banyak perubahan kepada corak-corak dilangit ini sehinggalah pada kurun ke-17, apabila Bayer, Hevelius dan ahli astronomi lain telah membentukkan buruj lain di kawasan langit hemisfera selatan yang tidak dicartakan lagi secara rasmi. Memang secara asasnya terdapat buruj yang telah dibentuk, tetapi tidak didokumentasikan dengan baik atau kurang popular. Kurun ke 18 memperlihatkan Lacaille telah menambahkan 13 buruj baru di hemisfera selatan. Pada asalnya buruj ini tidak mempunyai sempadan dan kedudukan sesuatu objek langit itu dirujukkan sebagai "pada bahagian kepala", "pada bahagian kaki" dan sebagainya. Persempadan yang pertama telah ditulis oleh Bode di dalam carta bintangnya pada tahun 1801.
Persempadan yang telah dilakarkan oleh Bode itu tidak diterima sebagai sesuatu yang piawai. Malah telah mewujudkan beberapa versi persempadanan yang berlainan oleh ahli astronomi seluruh dunia kemudiannya. Sehingga tahun 1930 beberapa piawaian sendiri telah diwujudkan oleh ahli astronomi dan ini telah menimbulkan beberapa kekalutan. Pada tahun 1930, Kesatuan Astronomi Antarabangsa(IAU) telah mempiawaikan persempadanan sepanjang Right Ascension dan Declination pada epoch 1875 Januari 1 sebagai titik tolak penyempadan buruj dilangit. Pihak IAU ,International Astronomical Union ,juga sebelum itu telah mewujudkan pemendekan untuk nama-nama buruj di langit dan menggunakan tiga huruf sahaja. Sebagai contoh, buruj Aries dikenali sebagai Ari dan buruj Orion dikenali sebagai Ori.
Penamaan Bintang
Kebanyakan nama bintang yang terdapat pada hari ini adalah hasil daripada penamaan bintang oleh zaman klasikal Eropah dan juga zaman kegemilangan Tamadun Islam dan Zaman Pertengahan Eropah. Walaupun begitu, tidak semua bintang atau objek dilangit dapat diberikan nama sedemikian berikutan terdapat senarai objek yang hampir infiniti. Satu sistem penamaan yang telah dicadangkan oleh Bayer pada tahun 1603 adalah lebih sesuai iaitu penamaan berdasarkan kecerahan sesuatu bintang itu di dalam sesuatu buruj dengan huruf. Iaitu, bagi bintang yang paling cerah di dalam Orion dipanggil sebagai Alpha Orionis, kedua cerah sebagai Beta Orionis dan seterusnya. Sekiranya penggunaan Alpha sehingga Omega telah habis, huruf Romawi kecil iaitu a,b,c dan kemudiannya menggunakan A,B,C dan seterusnya.
Sistem ini telah diterima pakai oleh ahli astronomi seluruh dunia selain daripada ia cukup mudah dan mempunyai implementasi yang praktikal.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Penerangan yang jelas. Terima kasih.
ReplyDeleteMaklumat yang padat dan sesuai untuk murid-murid.Tahniah cikgu:)
ReplyDeleteKeep it up
ReplyDeleteMaklumat yang padat, pastinya murid-murid mendapat manfaatnya. Terima kasih atas perkongsian maklumat anda.
ReplyDeletesatu blog yang kaya dengan pelbagai gambar yang menarik dan maklumat yang sangat berguna kepada rakan guru, tahniah
ReplyDeletevery useful info
ReplyDeletethanks for sharing
Blog menarik. Maklumat tepat dan teliti.
ReplyDeleteLearn a lot from your blog, Thanks !
ReplyDeleteMenarik dan padat.
ReplyDeletethanks for sharing
ReplyDeleteNota yang lengkap dan jelas, sangat bagus!
ReplyDeletesangat teliti,padat,lengkap dan menarik.
ReplyDeleteMaklumat padat dan gambar menarik. Terus berusaha!
ReplyDeleteBanyak maklumat yang dikongsikan bersama .
ReplyDeleteMaklumat yang sangat lengkap dan jelas, sesuai untuk murid-murid. .....
ReplyDeleteMaklumat yang mencukupi dan menarik.
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkosing maklumat yang bagus !
ReplyDeleteNota yang padat. Terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat.
ReplyDeleteeasy to undersatand
ReplyDeleteeasy to undersatand
ReplyDelete