Sunday, 9 December 2012

BURUJ : CORAK-CORAK DI LANGIT


Orion

Buruj adalah kumpulan bintang yang membentuk pola atau corak tertentu seperti binatang atau benda. Contohnya buruj Belantik (BI: Orion) membentuk sebuah belantik (sejenis alat penangkap binatang); buruj Pari (BI: Southern Cross) kelihatan seperti ikan pari, dan Buruj Biduk (BI: Big Dipper (AS) atauThe Plough (UK)) berbentuk sebuah biduk.
Buruj biduk terkenal dengan panggilan big dipper di barat, kerana ianya menyerupai beruang. Nama Latin Ursa Major juga bermaksud beruang besar. Ianya jelas di langit pada waktu malam yang terang kerana bintangnya yang rata-rata terang.Buruj ini hanyalah di bahagian ekor beruang itu, yang merupakan sebahagian dari buruj Ursa Major.

Bagi mereka yang memahami dan meminati astronomi, mereka akan melihat langit yang penuh dengan bintang itu dengan seribu satu makna, akan tetapi bagi mereka yang tidak mengenali astronomi, mereka cuma akan melihat bintang itu sebagai penghias malam semata-mata

Sekiranya kita merenung langit malam yang penuh dengan bintang, sememang kita akan melihat taburan bintang yang pelbagai warna dan membentuk pelbagai corak dan kepadatan. Corak bintang yang sama yang dilihat pada hari ini pada pukul 8:00p.m akan bergerak sedikit pada malam esok pada waktu yang sama. Sekiranya "corak" tersebut diikuti untuk tempoh dalam masa beberapa bulan, corak tersebut akan terbenam di sebalik kaki langit pada masa yang sama.

Buruj (Constellation)Kesatuan Astronomi Antarabangsa telah membahagikan langit kepada 88 buruj, 12 daripadanya digolongkan dalam kumpulan yang disebut zodiak. Corak-corak dilangit(buruj) ini seringkali dikaitkan dengan dua belas buah corak yang dikenali sebagai Aries, Taurus, Pisces, Cancer, Leo, Virgo, Sagittarius, Capricorn, Aquarius. 12 buah corak bintang atau lebih dikenali sebagai buruj itu terbentang dilangit dan mereka terkenal seolah-olah mereka adalah selebriti yang sentiasa meniti dibibir masyarakat. Tapi buruj yang terdapat dilangit bukan itu sahaja, malah terdapat lebih daripada 80 buah buruj moden yang terdapat di langit.

Selain daripada itu, buruj-buruj dilangit ini juga mempunyai system koordinatnya yang tersendiri, seperti juga pada peta bumi. Paksi -x dan paksi -y, iaitu 'Right Ascension'(jarak jam) aka Azimuth, R.A dan juga 'Declination'(jarak kutub)aka Zenith membentuk system koordinat. Maka utuk menyatakan kedudukan sesuatu objek itu di langit maka, ia boleh juga ditentukan dengan berdasarkan system koordinat tersebut.

Right Ascension adalah sudut berdasarkan bulatan jam dan diukur ke arah timur sepanjang "khatulistiwa langit" berdasarkan kiraan 0 sehingga 360 atau Jam,minit dan Saat". Ini bermaksa satu jam adalah bersamaan dengan 15.

Declination adalah jarak dalam sudut utara atau selatan daripada "khatulistiwa langit". Diambil sebagai positif untuk Utara dan Negatif sebagai Selatan.

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi kaedah koordinat seperti koordinat berdasarkan kaki langit, koordinat ekliptik dan koordinat berpusat matahari.

Perkataan buruj itu adalah dari Bahasa Arab yang membawa maksud gugusan bintang/Corak-corak dilangit. Dalam Bahasa Inggeris ia disebut sebagai 'constellation'. Gugusan bintang ini boleh dianalogikan sebagai negera-negara yang terdapat di dalam bumi kita ini yang dibahagikan kepada sempadan-sempadan tertentu. Sempadan-sempadan ini yang telah membentuk benua Asia, Amerika dan sebagainya. Malah setiap benua itu pula terbahagi kepada negara-negara seperti Jepun dan Korea. Begitu jugalah "negara-negara" yang terdapat di langit ini.


Sejarah Buruj

Asal usul nama buruj yang digunakan pada hari ini telah hilang dtelan zaman. Walaubagaimanapun, buruj yang bergelar "Coma Berenices" telah ditambah kepada senarai buruj pada 200S.M .

Semenjak itu tidak terdapat banyak perubahan kepada corak-corak dilangit ini sehinggalah pada kurun ke-17, apabila Bayer, Hevelius dan ahli astronomi lain telah membentukkan buruj lain di kawasan langit hemisfera selatan yang tidak dicartakan lagi secara rasmi. Memang secara asasnya terdapat buruj yang telah dibentuk, tetapi tidak didokumentasikan dengan baik atau kurang popular. Kurun ke 18 memperlihatkan Lacaille telah menambahkan 13 buruj baru di hemisfera selatan. Pada asalnya buruj ini tidak mempunyai sempadan dan kedudukan sesuatu objek langit itu dirujukkan sebagai "pada bahagian kepala", "pada bahagian kaki" dan sebagainya. Persempadan yang pertama telah ditulis oleh Bode di dalam carta bintangnya pada tahun 1801.

Persempadan yang telah dilakarkan oleh Bode itu tidak diterima sebagai sesuatu yang piawai. Malah telah mewujudkan beberapa versi persempadanan yang berlainan oleh ahli astronomi seluruh dunia kemudiannya. Sehingga tahun 1930 beberapa piawaian sendiri telah diwujudkan oleh ahli astronomi dan ini telah menimbulkan beberapa kekalutan. Pada tahun 1930, Kesatuan Astronomi Antarabangsa(IAU) telah mempiawaikan persempadanan sepanjang Right Ascension dan Declination pada epoch 1875 Januari 1 sebagai titik tolak penyempadan buruj dilangit. Pihak IAU ,International Astronomical Union ,juga sebelum itu telah mewujudkan pemendekan untuk nama-nama buruj di langit dan menggunakan tiga huruf sahaja. Sebagai contoh, buruj Aries dikenali sebagai Ari dan buruj Orion dikenali sebagai Ori.


Penamaan Bintang

Kebanyakan nama bintang yang terdapat pada hari ini adalah hasil daripada penamaan bintang oleh zaman klasikal Eropah dan juga zaman kegemilangan Tamadun Islam dan Zaman Pertengahan Eropah. Walaupun begitu, tidak semua bintang atau objek dilangit dapat diberikan nama sedemikian berikutan terdapat senarai objek yang hampir infiniti. Satu sistem penamaan yang telah dicadangkan oleh Bayer pada tahun 1603 adalah lebih sesuai iaitu penamaan berdasarkan kecerahan sesuatu bintang itu di dalam sesuatu buruj dengan huruf. Iaitu, bagi bintang yang paling cerah di dalam Orion dipanggil sebagai Alpha Orionis, kedua cerah sebagai Beta Orionis dan seterusnya. Sekiranya penggunaan Alpha sehingga Omega telah habis, huruf Romawi kecil iaitu a,b,c dan kemudiannya menggunakan A,B,C dan seterusnya.

Sistem ini telah diterima pakai oleh ahli astronomi seluruh dunia selain daripada ia cukup mudah dan mempunyai implementasi yang praktikal.

Bumi dan Alam Semesta : Buruj (Latihan)

LATIHAN 
Pilih jawapan yang paling tepat. 
1.         Buruj adalah …..
A.  bebola gas yang menghasilkan cahaya
B.  objek yang berada hampir dengan Matahari
C.  gugusan bintang yang membentuk corak di langit
D.  gugusan planet yang membentuk corak-corak tertentu
 
 
  • Gabungan beberapa bintang
  • Membantu menunjuk ke arah selatan
  • Boleh dilihat di sepanjang langit selatan





2.    Penerangan di atas adalah sesuai untuk Buruj …
A.  Pari
B.  Biduk
C.  Belantik
D.  Skorpio 
            
 
3.    Rajah 1 menunjukkan satu Buruj yang terdapat di langit. Apakah yang mewakili  P,Q,R, dan S?
A.  planet
B.  Bulan
C.  Matahari
D.  bintang   
                   
4.    Pasangan berikut  menunjukkan arah yang betul kecuali …
A.  Biduk -  utara
B.  Pari - selatan
C.  Skorpio - selatan
D.  Belantik - utara 

5.    Antara berikut yang manakah merupakan kegunaan utama buruj pada zaman dahulu?
A.  Untuk upacara pemujaan
B.  Untuk hiburan pada malam hari
C.  Untuk  mengubati penyakit berjangkit
       D.  Untuk menentukan arah pada waktu malam

Saturday, 8 December 2012

BUMI DAN ALAM SEMESTA : BURUJ

BURUJ
  1. Buruj adalah gugusan bintang di langit yang membentuk corak tertentu.
  2. Terdapat empat Buruj utama yang perlu diketahui iaitu
    1. Buruj Pari
    2. Buruj Belantik
    3. Buruj Biduk
    4. Buruj Skorpio
Buruj Pari
Buruj Belantik

Buruj Biduk
Buruj Skorpio

  1. Buruj Pari menggambarkan palang dan bintang di hujung palang sentiasa menunjukkan ke arah selatan.
  2. Buruj Belantik adalah menyerupai seorang pemburu dengan bintang di kepala menunjukkan arah utara.
  3. Buruj Biduk berbentuk senduk dengan dua bintang di hujung menunjuk ke arah utara.
  4. Buruj Skorpio pula menggambarkan seekor kala jengking.
  5. Pada zaman dahulu manusia menggunakan buruj bagi menentukan arah apabila keluar mengembara.

Saturday, 17 November 2012

LATIHAN RANTAI MAKANAN




LATIHAN RANTAI MAKANAN DAN SIRATAN MAKANAN



SIRATAN MAKANAN



1.
Dalam kehidupan sebenar hidupan tidak makan atau dimakan oleh sejenis hidupan sahaja. Beberapa rantai makanan akan bergabung untuk membentuk hubungan makanan yang dikenali sebagai siratan makanan.
2.
Contoh siratan makanan
Habitat : Sawah padi



3.
Dalam contoh siratan makanan di atas terdapat 6 rantai makanan:
 

 
4.
Kepentingan siratan makanan
 
(i)
Memastikan kemandirian spesies-jika sesuatu haiwan hanya memakan sejenis makanan sahaja dan sekiranya makanan itu telah habis dimakannya, haiwan itu akan mati kebuluran.
 
(ii)
Hidupan boleh memperolehi makanan daripada pelbagai sumber.
 
(iii)
Apabila mana-mana rantai makanan dalam siratan makanan terganggu, bilangan hidupan dalam siratan makanan akan berubah.
Contoh : Pengurangan bilangan tikus akibat diracun akan mempengaruhi bilangan ular.
 
(iv)
Terdapat saling pergantungan di antara pelbagai hidupan dalam siratan makanan.

Friday, 16 November 2012

KOSWER RANTAI MAKANAN & SIRATAN MAKANAN


RANTAI MAKANAN 2


RANTAI MAKANAN 1


RANTAI MAKANAN DAN SIRATAN MAKANAN


SIAPA MAKAN SIAPA?
Ø Herbivores – haiwan makan tunbuhan
Ø Carnivores – haiwan makan haiwan lain
Ø Omnivores – haiwan makan haiwan dan tumbuhan
PERKAITAN
Ø Rantai makanan ialah hubungan makanan antara hidupan.
Ø Dalam rantai makanan, tumbuhan disebut pengeluar dan haiwan sebagai pengguna.
Ø Siratan makanan merupakan gabungan dua atau lebih rantai makanan.
Ø Perubahan jumlah hidupan dalam satu rantai makanan akan memberi kesan kepada jumlah hidupan lain dalam rantai makanan tersebut

RANTAI MAKANAN
1.     Contoh rantai makanan

2.     Semua rantai makanan bermula dengan pengeluar (tumbuhan).
3.     Pengeluar membina makanan secara fotosintesis.
4.     Tikus, ular dan helang ialah contoh pengguna.
5.     Pengguna yang memakan pengeluar disebut pengguna primer. 
     Biasanya haiwan herbivor atau omnivor.
6.     Pengguna yang memakan pengguna primer disebut pengguna 
     sekunder.  Biasanya haiwan karnivor atau omnivor.
7.     Tenaga dipindahkan di sepanjang rantai makanan.
8.     Tenaga berasal daripada Matahari.
9.     Dalam kehidupan sebenar, hubungan yang lebih kompleks 
     akan membentuk siratan makanan.